Saturday, May 29, 2010

Masjid Ubudiah @ Kuala Kangsar

Program jalan-jalan keliling Malaysia diteruskan lagi....Dengan destinasi kali ini ialah Kuala Kangsar. Sebut pasal Kuala Kangsar, mmg Masjid Ubudiah merupakan tarikan utama disini. Aku sempat singgah kat masjid ini untuk menunaikan solat zohor. Dan aku terpegun ketika pertama kali melihat masjid ini...Subhanallah, cantik sangat...
Disini aku ceritakan serba sedikit pasal Masjid Ubudiah.
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Diraja dan menjadi mercu tanda bagi negeri Perak dan sebagai ikon masjid bersejarah tercantik negara. Pengasas Masjid Ubudiah ini ialah Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28. Pada mulanya, masjid ini merupakan masjid nazar. Ini kerana Sultan Idris berhasrat untuk membayar nazar sekiranya kesihatan baginda pulih. Setelah baginda telah pulih dari penyakitnya, baginda telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan. Masjid ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ia juga berhampiran dengan Istana Iskandariah. Enuff said...enjoy the pics...









No comments:

Post a Comment