Monday, August 23, 2010

14 Ramadhan 1431


Pejam celik pejam celik, dah masuk 14 hari umat Islam berpuasa. Terasa sunnguh pantas masa berlalu. Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya aku masih bernafas dan dapat menikmati kebesaranNya. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna.


Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

No comments:

Post a Comment