Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, September 14, 2010

Eid Mubarak 1431H (Pt1)

Ramadhan berlalu, Syawal menjelma. Tibalah masa umat Islam seluruh dunia merayakan Hari Raya Aidilfitri. Bila tiba hari raya, semua orang akan bergembira. Yang paling gembira budak-budak la..sebab time raya ni nak kumpul duit raya..Bagi yang dah berumur, Hari Raya Aidilfitri digunakan sebagai platform untuk bermaaf-maafan dan menziarahi sanak-saudara serta rakan taulan. Tahun ni aku beraya kat Kangar, Perlis. Raya kat mana2 pun kat Malaysia ni sama je aku rasa..sama meriah, sama berwarna-warni...













Monday, August 23, 2010

14 Ramadhan 1431


Pejam celik pejam celik, dah masuk 14 hari umat Islam berpuasa. Terasa sunnguh pantas masa berlalu. Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya aku masih bernafas dan dapat menikmati kebesaranNya. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna.


Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-